Thursday, November 19, 2020

Sebuah Puisi yang Dalam Maksudnya

 

Untuk semua anak didik & ibu bapa ...

BILA HATI SEORANG GURU MULA TERLUKA

Bila hati seorang guru mula terluka

ketahuilah bahawa

pintu berkat dan rahmat untuk anak-anakmu mulai hilang

Maka..

kau renung akan apa jadi

pada anakmu 5 tahun lagi.

Bila hati seorang guru mula terluka

Akan lahirlah generasi terbiar

Dibiarkan ibu bapa

Dibiarkan guru-gurunya

Dibiarkan masyarakatnya

Bila hati seorang guru mula terluka

Bait-bait bicara kan hilang hikmahnya

Rajuk yang kecil menjadi barah

Melatari seluruh sistem taadib

Tarbiyah kan layu

Nilai kan runtuh dimamah masa

Bila hati seorang guru mula terluka

Masyarakat sedang sakit

Harapan tinggal harapan

Impian berkecai dek keegoan dan keras kepala

Ada pesalah ada pengalah

Yang hak dibatilkan, yang batil dihakkan

Bila hati seorang guru mula terluka

Lukanya dalam

Parutnya kekal berlekatan

Ibarat sang ibu yang kecewa

Sayang masih ada

Namun luka yang tidak berdarah

Adalah sesakit-sakit bahasa

Bila hati seorang guru mula terluka

Awan menjadi merah

Penghuni langit kan turut berduka

Kerana guru sejati adalah pewaris para nabi...

Ustazah Aizah

18 Disember 2017

 

 

No comments:

Post a Comment

KERINDUAN YANG TIADA PENGHUJUNGNYA..

  26 MAC 2023 (AHAD) PERJALANAN DITERUSKAN LAGI.... WALAUPUN LANGKAH INI BERAT TERASA HINGGA DI HATI, NAMUN LANGKAH MASIH DITERUSKAN...  HAR...