Saturday, September 17, 2016

SKRIP PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN SISIPAN TUTOR

SKRIP PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN AKHBAR PENDIDIKAN TUTOR 2016 BERSAMA YB DATUK DR JOACHIM GUNSALAM, PEMBANTU MENTERI KERAJAAN TEMPATAN & PERUMAHAN MERANGKAP ADUN N.29 KUNDASANG SABAH

CUE
PENGACARA
SKRIP
CATATAN
9.00 pagi

Ketibaan Jemputan


9.45 pagi
ADM
ASSALAMUALAIKUM,SALAM SEJAHTERA.. SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM RANAU  NOMBOR 1

Selamat datang kami ucapkan
Kepada para jemputan.
DI SMK Kundasang kita dipertemukan
Semoga sillahturahim dapat dijalankan

Hadirin sekalian,
Sempena majlis kita pada pagi ini iaitu Majlis Penyerahan Akhbar Pendidikan Tutor Utusan Malaysia Sabah, lebih indahnya jika kita mendengar taklimat ringkas mengenai Akhbar Pendidikan Tutor.

Dengan ini majlis menjemput dan mempersilakan Pn Celestina Ubing, Eksekutif Jualan Utusan Malaysia, Sabah untuk memberikan taklimat ringkas mengenai Akhbar Pendidikan Tutor. Dipersilakan.

*****(taklimat ringkas mengenai Akhbar Pendidikan Tutor) *****



9.35 pagi
ADM
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Celestina Ubing, Eksekutif Jualan Utusan Malaysia, Sabah atas taklimat yang telah disampaikan sebentar tadi









7.00 mlm
Ketibaan tetamu kehormat

NFZ

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Dr Joachim Gunsalam, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Merangkap ADUN N29 Kundasang Sabah, dan Yang Berbahagia Pn Siti Hamni Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah Ranau,  Diiringi oleh Yang Berusaha En Habdin Bin Arifin, Pengetua Cemerlang SMK Kundasang beserta rombongan.


Nyanyian lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku

Hadirin sekalian,
sekarang kita akan menyanyikan dua buah lagu,  lagu Negaraku dan Sabah Tanah Air ku.







Dipersilakan duduk Yang Berhormat Datuk dan para Hadirin.

Ucapan Aluan-aluan Pengerusi Majlis
ADM
Yang Berhormat Datuk Dr Joachim Gunsalam, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Merangkap ADUN N29 Kundasang Sabah,
Yang Berbahagia Pn Siti Hamni Hashim,
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Ranau,
Yang Berbahagia En UBD , Unit  Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Ranau
Yang Berusaha En Habdin Bin Arifin, Pengetua Cemerlang SMK Kundasang,
Yang Dihormati Pn Celestina Ubing, Eksekutif Jualan Utusan Malaysia Sabah
Yang Dihormati , Pengerusi Yang Dipertua  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Daerah  Ranau
Pengetua-pengetua, guru-guru besar
YDP PIBG bagi setiap sekolah, Guru-guru, murid-murid serta hadirin yang dimuliakan..


Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara



Assalamualaikum whb, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam Ranau Nombor 1 dan Selamat datang kami ucapkan ke Majlis Penyerahan Akhbar Pendidikan Tutor 2016 Bersama Yang Berhormat Datuk Dr Joachim Gunsalam, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Merangkap ADUN N29 Kundasang Sabah.

Lagu bernama uda dan dara,
Dinyanyikan oleh anak Pak Rahim;
Sambil berkumpul beramah mesra,
Memperatkan lagi silaturrahim.

Terima kasih Yang Berhormat, Terima kasih pemimpin-pemimpin terbilang Terima kasih hadirin budiman Terima kasih kepada semua kerana memenuhi Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang untuk sama-sama mewarnai Majlis Penyerahan Akhbar Pendidikan Tutor 2016





Bacaan Doa

NFZ
Yang berhormat dato’ dan hadirin sekalian

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita memohon taufik dan hidayah sempena Majlis
Penyerahan Akhbar Pendidikan Tutor 2016 sekolah-sekolah daerah Ranau.


Jesteru,

Majlis mempersilakan al fadil ustaz Rohinin @Abd Malik Bin Shapi untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....




***********(Bacaan Doa)********** *



Amin-amin ya robbal a’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Rohinin @Abd Malik Bin Shapi atas pimpinan doa sebentar tadi.


Ucapan pengenalan pengacara majlis mengenai program.

ADM
Yang berhormat Datuk dan hadirin sekelian,

Buat pengetahuan dato’ , dan para hadirin terdapat 26 buah sekolah di dalam daerah Ranau yang ditaja untuk menerima Sisipan Akhbar Pendidikan Totur bagi tahun 2016 yang ditaja oleh Yang Berhormat Datuk Dr Joachim Gunsalam. Antara sekolah yang terlibat adalah :
1.     SK KAIGARAN
2.     SK MALINSAU
3.     SK KAWIYAN SUGUT
4.     SK MANGKAPOH
5.     SK KARAGASAN
6.     SK BUNDU TUHAN
7.     SK KUNDASANG
8.     SK LANGSAT
9.     SK PERANCANGAN
10. SK PINAUSUK
11.SK PORING
12 SK TIMBUA
13 SK TUNGOU
14 SK KIROKOT
15 SK TIBABAR
16 SK SAGIBAN
17SK NARADAN
18 SK TARAWAS
19 SK SRI GABUNGAN
20 SK GUSI
21 SK MESILOU
22    SRK DON BOSCO
23SMK ULU SUGUT (MALINSAU)
24  SMK TIMBUA
25 SMK BUNDU TUHAN
26  SMK KUNDASANG
Dengan penyerahan Akhbar Pendidikan Tutor ini merupakan salah satu  program perkongsian pintar bagi meningkatkan penguasaan , kemahiran dan penghayatan terhadap setiap mata pelajaran.


Ucapan pegawai PPD Ranau

NFZ

Adat berbahasa menyampaikan pesan
Adat majlis menyampaikan ucapan

Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Penyerahan Akhbar Pendidikan Tutor 2016 sekolah-sekolah daerah Ranau.  majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Pn Siti Hamni Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah Ranau untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan
***** ( Ucapan Yang Berbahagia pegawai PPD)




Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pn Siti Hamni Hashim atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi



Ucapan Perasmi Majlis

ADM

Tuan ibarat pohon yang rendang
Tempat kami tumpang berteduh
Ibarat sekaki payung Tempat kami berlindung
Ibarat rumah Gadang Tempat kami bermalam
Ibarat lampu pelita Tempat kami mencari cahaya
Ibarat bahtera di tengah samudera Tempat kami berpadu tenaga
Mendokong wawasan 1 Malaysia Mengangkat martabat negara tercinta







Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini, Majlis dengan takzimnya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Dr Joachim Gunsalam, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Merangkap ADUN N29 Kundasang Sabah untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya menyempurnakan Majlis Penyerahan Insentif Pelajar Cemerlang UPSR 2015 dan Penyerahan Akhbar Pendidikan Tutor kepada Pengetua & Guru Besar sekolah yang ditaja.
 Dengan penuh takzim dipersilakan




*****( Ucapan Yang Berhormat Datuk)**********


NFZ
Majlis diteruskan lagi dengan Upacara Penyampaian Insentif Pelajar Cemerlang UPSR 2015



Penyerahan Insentif UPSR

Dengan ini, dipersilakan Yang Berbahagia Pn Siti Hamni Hashim, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, untuk naik ke pentas bagi menemani Yang Berhormat Datuk  untuk menyempurnakan acara Penyerahan Insentif Pelajar Cemerlang UPSR 2015.
Dipersilakan.




Dengan ini, dijemput ________________
****( Rujuk lampiran ) *** )



Penyerahan Sisipan Akhbar Tutor

ADM
Seterusnya acara Penyerahan sisipan Akhbar Pendidikan Totur Utusan Malaysia, Sabah  kepada setiap pengetua dan guru besar sekolah yang ditaja. Dengan ini, majlis mempersilakan  Yang Dihormati Pn Celestina Ubing, Eksekutif Jualan Utusan Malaysia Sabah untuk bersama-sama Yang Berhormat Datuk Dr Joachim Gunsalam,di atas pentas utama bagi menyempurnakan majlis.
Dipersilakan.

* untuk makluman, Diminta semua Pengetua dan Guru Besar berada di atas pentas setelah menerima akhbar.




Dengan ini, dijemput ________________
****( Rujuk lampiran ) *** )



Penyerahan replika cek

NFZ

Seterusnya ialah Upacara Penyerahan ‘Replika Cek’ kepda pengetua SMK Kundasang Bagi mewakili semua sekolah tajaan DUN N29 Kundasang oleh Yang Berhormat Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Dipersilakan Pengetua Cemerlang SMK Kundasang, En Habdin Bin Arifin.




Cenderamata vip





ADM

Sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Yang Berbahagia Pn Siti Hamni Hashim, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Ranau dalam majlis sebentar tadi, majlis dengan sukacita dan berbesar hati memberikan cenderamata tanda kenang-kenangan junjungan kasih kami terhadap Yang Berhormat Datuk dan Yang Berbahagia Pn Siti Hamni Hashim.








NFZ

Justeru itu, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati Pn Celestina Ubing, Eksekutif Jualan Utusan Malaysia Sabah
untuk memberikan cenderamata kepada Yang Berhormat Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Yang Berhormat Datuk dan Yang Berbahagia Pn Siti Hamni Hashim.

Di persilakan



Sesi bergambar

ADM

Majlis seterusnya sesi bergambar bersama Yang Berhormat Datuk Dr Joachim Gunsalam dengan semua Pengetua dan Guru Besar serta pelajar-pelajar  yang menerima tajaan sisipan Akhbar Pendidikan Tutor Utusan Malaysia Sabah.







Hadirin yang dimuliakan, Kata-kata Penutup dan Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Datuk Dr Joachim Gunsalam, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Merangkap ADUN N29 Kundasang Sabah atas kesudian berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang untuk bersua pandang, beramah mesra dan mengungkap bicara melancarkan Majlis Penyerahan Akhbar Pendidikan Tutor Utusan Malaysia Sabah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja Majlis Penyerahan Akhbar Pendidikan Tutor.




NFZ
Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon

Akhir kata Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia Sekian wbt





Jamuan

ADM
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Dr Joachim Gunsalam, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Merangkap ADUN N29 Kundasang Sabah bersama tetamu jemputan ke ruang jamuan tengah hari yang telah disediakan.
Bagi para hadirin juga dipersilakan untuk menikmati hidangan tengah hari yang telah disediakan.... Selamat menjamu selera.. Jamuan makan tengah




No comments:

Post a Comment

KERINDUAN YANG TIADA PENGHUJUNGNYA..

  26 MAC 2023 (AHAD) PERJALANAN DITERUSKAN LAGI.... WALAUPUN LANGKAH INI BERAT TERASA HINGGA DI HATI, NAMUN LANGKAH MASIH DITERUSKAN...  HAR...