Untuk semua anak didik & ibu bapa ...
BILA HATI SEORANG
GURU MULA TERLUKA
Bila hati seorang guru mula terluka
ketahuilah bahawa
pintu berkat dan rahmat untuk anak-anakmu mulai
hilang
Maka..
kau renung akan apa jadi
pada anakmu 5 tahun lagi.
Bila hati seorang guru mula terluka
Akan
lahirlah generasi terbiar
Dibiarkan
ibu bapa
Dibiarkan
guru-gurunya
Dibiarkan
masyarakatnya
Bila hati seorang guru mula terluka
Bait-bait
bicara kan hilang hikmahnya
Rajuk
yang kecil menjadi barah
Melatari
seluruh sistem taadib
Tarbiyah
kan layu
Nilai
kan runtuh dimamah masa
Bila
hati seorang guru mula terluka
Masyarakat
sedang sakit
Harapan
tinggal harapan
Impian
berkecai dek keegoan dan keras kepala
Ada
pesalah ada pengalah
Yang
hak dibatilkan, yang batil dihakkan
Bila hati seorang guru mula terluka
Lukanya
dalam
Parutnya
kekal berlekatan
Ibarat
sang ibu yang kecewa
Sayang
masih ada
Namun
luka yang tidak berdarah
Adalah
sesakit-sakit bahasa
Bila hati seorang guru mula terluka
Awan
menjadi merah
Penghuni
langit kan turut berduka
Kerana
guru sejati adalah pewaris para nabi...
Ustazah Aizah
18 Disember 2017