Saturday, March 25, 2023

KERINDUAN YANG TIADA PENGHUJUNGNYA..

 26 MAC 2023 (AHAD)

PERJALANAN DITERUSKAN LAGI....

WALAUPUN LANGKAH INI BERAT TERASA HINGGA DI HATI, NAMUN LANGKAH MASIH DITERUSKAN... 

HARI INI ADALAH HARI MENDUDUKI RE-SIT PAPER UNTUK MENINGKATKAN LEVEL DI DALAM BIDANG YANG KU MINATI... USAHA TELAH DIRIKU LAKUKAN... SEKARANG HANYA TINGGAL TAWAKAL DENGAN ALLH... 

DALAM KEGELISAHAN MENDUDUKI PAPER, HATI INI SENTIASA MENGINGATI INSAN TERSAYANG YANG TELAH MENINGGALKAN DIRI KU... DI MANA TERASA BENAR ISTILAH " RINDU YANG TIADA PENGHUJUNGNYA"..

JIKA DULU, ADANYA MEREKA.....

DIRIKU TIDAK AKAN SEPERTI SEKARANG. DI MANA AKU MEMERLUKAN MEREKA, MEREKA AKAN CUBA UNTUK DATANG...

JIKA DULU, ADANYA MEREKA....

TIDAK AKAN KUMERASA BAGAIMANA BERDIRI DIKAKI SENDIRI DI TEMPAT ORANG... APA YANG MAMPU MEREKA LAKUKAN, PASTI MEREKA AKAN MEMBANTU.. 

JIKA DULU, ADANYA MEREKA...

TIDUR DI  TEMPAT AWAM BUKANLAH PILIHAN PERTAMA ATAU KEDUA.. PASTI MEREKA AKAN PASTIAKAN DIRIKU DIJAGA & DILINDUNGI... 

JIKA DULU, ADANYA MEREKA.... 

KELUARNYA DIRIKU DARI PINTU GERBANG YANG BESAR, PASTI SUDAH MENANTIKU DENGAN SENYUMAN ... AKAN KU CIUM TANGAN SALAH SEORANG DARIPADANYA, DAN TANGAN AKU AKAN DICIUM OLEH SEORANG LAGI...KEINDAHAN DAN KETENANGAN YANG TIDAK DAPAT KU PEROLEHI SEKARANG... KERINDUAN INI YANG HANYA DIKETAHUI OLEH MAHA PENCIPTA... 

KINI.... KETIADAANNYA MEREKA BERDUA....

AKU TELAH BERLAJAR BERDIKARI SAMBIL MENAHAN AIR MATA...

AKU TELAH BERLAJAR BERSABAR & KUATKAN HATI MENANTI DUGAAN DAN KETIDAKSELESAAN YANG MELANDA... 

TIADA LAGI LELAKI YANG BOLEH MENJADI RAKAN MENDENGAR & MEMBERI PENDAPAT SESUATU PERKARA... TIADA LAGI HARAPAN KELUARGA UNTUK MELAKSANAKAN TUGASAN LELAKI DI DALAM KELUARGA. KERANA YANG TINGGAL DI RUMAH HANYALAH KAUM HAWA SAHAJA... 

JATUH BANGUNNYA KELUARGA KAMI HANYA KAMI SAHAJA YANG HADAPINYA.. 

WALAUPUN MEREKA BERADA JAUH DI MATA, TETAPI AKU SENTIASA DAPAT MERASA MEREKA ADA DI SISI KU... TANPA DAPAT MEMELUK & MEMEGANG... HANYA BERMAIN DI MATA & FIKIRAN... 

YA ALLAH.... BESAR BETUL DUGAANMU KEPADA KAMI SEKELUARGA.. KADANGKALA TIDAK TERJANGKAU SAMA ADA BOLEH MELALUINYA ATAU TIDAK.. 

KINI... LELAKI YANG ADA DISISI KU HANYA SUAMI & ANAK TERCINTA.. JIKA AKU MENANGGIS, HANYA MEREKA SAHAJA YANG MELIHAT.. DIRI INI AKAN MENCUBA UNTUK TIDAK MENUNJUKKAN DI HADAPAN AHLI KELUARGA YANG LAIN... 

AYAH... ACIK AKAN CUBA MENJAGA SEBAIK YANG BOLEH AMANAH YANG AYAH BERIKAN... JIKA ADA KELEBIHAN KEWANGAN, AKAN ACIK JAGA TANAH PUSAKA AYAH SEBAIK YANG MUNGKIN... SEPERTI MANA HAJAT AYAH SEBELUM INI.. 

ABANG.... TIDAK ACIK SANGKA YANG ABANG AKAN PERGI DAHULU SEBELUM ACIK... WALAUPUN ACIK TIDAK DAPAT MENJAGA SYURGA MU DENGAN BAIK, ACIK AKAN CUBA MENJAGA DIA DIKALA ACIK BALIK NEGERI TERCINTA... ABANG TENANGLAH DI SANA BERSAMA AYAH... JIKA SEBELUM INI, AYAH SEORANG2... KINI AYAH DAH ADA KAWAN... 

AL-FATIHAH KEPADA ARWAH AYAHANDAKU  @ AZIZ BIN UJANG & ADINDAKU TERCINTA MUHD NUR ANWAR BIN AZIZ... SEMOGA AYAH & ABANG TENANG DI SANA DI SISI ORANG-ORANG YANG SOLEH SERTA DIRAHMATI OLEH ALLAH S.W.T.. 

#RINDUYANGTIADAPENGHUJUNGNYA...



Friday, March 24, 2023


 lagu yang menjadi memori terindah antara diriku vs adindaku @ Muhd Nur Anwar Bin Aziz... sayu di hati bila mendengar lagu ini.. namun lagu ini juga menjadi latar lagu telephone ku... Al-Fatihah kepada adindaku arwah @ Muhd Nur Anwar Bin Aziz & ayahandaku arwah @ Aziz Bin Ujang..

KESUNYIAN & KESEDIHAN HANYA DI SEBALIK WAJAH..

9.JANUARI 2023

 Assalammualaikum & Selamat pagi seluruh alam semester....

terlalu lama jari jemari ini tidak menari di keybord...

adakalanya teringin menari tetapi kekangan masa amat menghantui...


kini... tanggal 25 Mac 2023, adalah bulan suci bulan Ramadan ke-3... 

Perubahan dalam kehidupan amat la besar... Dugaan demi dugaan melanda kami sekeluarga..

kini...

tiada lagi insan yang sering dipanggil "abg" di dalam keluargaku.. 

kini...

tiada lagi senda gurau dari seorang adik lelaki ku... hanya yang tinggal, memori yang sentiasa di fikiranku..

kepergian dia adalah dugaan yang besar bagi ku. 

setelah ayahandaku pergi selamanya, kini adik lelakiku mengikuti ayahandaku... perginya adalah bulan yang sama ayahandaku pergi... 

perginya "abg" sangat memberi beri kesan kepada kami sekeluarga.. perginya dua orang lelaki tunjang keluarga, telah membuat kami sekeluarga kosong... 

Namun... aku bersyukur.... 

adik lelakiku menunggu diriku pulang ke kampung halaman... abg tidak membiarkan diriku menyalahkan diri ini seperti mana yang berlaku kepergian ayahandaku... 

abg... acik ucapkan terima kasih kepda kamu sbb memberi peluang acik memeluk abg sebelum abg meninggalkan dunia ini selama-lamanya... 

kini... jika diriku pulang ke kampung halaman, tidak akan ku lupa untuk melawat kedua-dua pusara insan yang aku sayang & rindui... 

Semoga arwah ayahanda @ Aziz Bin Ujang & arwah abg @ Muhd Nur Anwar Bin Aziz sentiasa di dalam golongan orang-orang yang beriman... Roh & jasad mereka berdua sentiasa dijaga dgn baik oleh Allah S.W.T... Al-Fatihah untuk ayahandaku @Aziz Bin Ujang & adindaku @ Muhd Nur Anwar Bin Aziz... 


Monday, January 24, 2022

Rindu yang tiada penghujungnya....

25 JANUARI 2022- SELASA

19.01.2022

Genap sudah setahun ayahanda pergi meninggalkan diriku.... 

Aku hanya mampu untuk berdoa dan berbicara dengan diri ini...

Kesempatan yang di izinkan oleh NYA pada diriku, telah aku menggunakannya sepenuhnya..

Namun masih terasa sunyi & tidak cukup...

Aku hanya mampu memegangnya dan akhirnya terpaksa melepaskannya...

Hanya berbekalkan pengikat di pusaranya menemaninya untuk mewakilkan diriku yang sentiasa ada di sisinya....

Ayah...... 

Itulah kalimah yang mampu aku ungkapkan... 

Pergimu tiada penganti.... 

Pergimu memberi kesan yang besar dalam hidupku...

Pergimu membuat diriku lemah... 

"Acik balik dulu ayah.... "

"Acik tinggalkan pengikat sebagai ganti pelukkan rindu acik kepada ayah.."

"Semoga Ayah tenang di sana.."

"Doakan acik kembali sihat seperti apa yang ayah inginkan..."

"Acik sayang & rindu sangat Ayah"

"Acik reda kepergian Ayah.... Ayah seorang ayah yang pegang pada janji... Ayah beri kesempatan untuk Acik memeluk ayah & menjaga ayah walaupun hanya seketika..."

"pasti ada hikmah kenapa acik tiada di sisi ayah ketika dirimu bersedia menghadap MAHA PENCIPTAMU...ALLAH S.W.T..."


AL-FATIHAH untuk Ayahandaku yang tercinta & dirindui...





 





Saturday, March 6, 2021

Di kala aku kehilangan sayapku...

 19. JANUARI 2021....

TARIKH KERAMAT untuk diriku sebagai anak perantau......

Perginya Ayahandaku yang tercinta....

Tidak terkata hati ini bila menghadapinya di perantauan... 

Hanya Berbekalkan kuatan sekecil kuman yang menahan hatiku daripada meraung seperti orang gila...

Hancurnya hati ini apabila menjadi insan yang satu-saunya tiada di sisi dia...

Luluhnya hati ini apabila hanya dapat menatap jasad & pusaranya melalui gambar yang dikongsi...

Hanya dengan DIA aku berserah & berdoa...

Hanya DIA aku redha dengan ketentuanNYA...


Seringkali memujuk hati ini untuk menerimanya...

Seringkali memujuk hati & diri ini agar bersyukur dengan keizinanNYA yang telah diberi kepada diriku sebelum kepergian ayahandaku...







Thursday, November 19, 2020

Sebuah Puisi yang Dalam Maksudnya

 

Untuk semua anak didik & ibu bapa ...

BILA HATI SEORANG GURU MULA TERLUKA

Bila hati seorang guru mula terluka

ketahuilah bahawa

pintu berkat dan rahmat untuk anak-anakmu mulai hilang

Maka..

kau renung akan apa jadi

pada anakmu 5 tahun lagi.

Bila hati seorang guru mula terluka

Akan lahirlah generasi terbiar

Dibiarkan ibu bapa

Dibiarkan guru-gurunya

Dibiarkan masyarakatnya

Bila hati seorang guru mula terluka

Bait-bait bicara kan hilang hikmahnya

Rajuk yang kecil menjadi barah

Melatari seluruh sistem taadib

Tarbiyah kan layu

Nilai kan runtuh dimamah masa

Bila hati seorang guru mula terluka

Masyarakat sedang sakit

Harapan tinggal harapan

Impian berkecai dek keegoan dan keras kepala

Ada pesalah ada pengalah

Yang hak dibatilkan, yang batil dihakkan

Bila hati seorang guru mula terluka

Lukanya dalam

Parutnya kekal berlekatan

Ibarat sang ibu yang kecewa

Sayang masih ada

Namun luka yang tidak berdarah

Adalah sesakit-sakit bahasa

Bila hati seorang guru mula terluka

Awan menjadi merah

Penghuni langit kan turut berduka

Kerana guru sejati adalah pewaris para nabi...

Ustazah Aizah

18 Disember 2017

 

 

KERINDUAN YANG TIADA PENGHUJUNGNYA..

  26 MAC 2023 (AHAD) PERJALANAN DITERUSKAN LAGI.... WALAUPUN LANGKAH INI BERAT TERASA HINGGA DI HATI, NAMUN LANGKAH MASIH DITERUSKAN...  HAR...